Selasa, 13 Januari 2009

Kanak Kanak Comel Yang Dungu

18 Tahun Yang Lalu..

nenek aku menghadiahkan aku gelang kaki untuk aku.budak kecikkan,manalah tahu nilai barang tersebut..aku agak aku baru tadika masa tu..

yang nak di storykan bukanlah pasal gelang tu,tapi sikap bapak sdare aku yg aku panggil cik madi.
aku rasa,mungkin waktu tu cik madi kekurangan budget untuk belanja teman wanitanya makan malam,jadi dia telah menggunakan 1 taktik yang aku kira kotor lagi sadis bagi kanak2 comel seperti aku[waktu tu la].

pada petang kejadian,dia telah meminta izin nenek untuk membawa aku berjalan jalan ke bandar.untuk ke bandar,kami perlu berjalan kaki sejauh 1 km sebelum sampai ke perhentian bas..

cik madi terpaksa mendukung aku walaupun aku sudah pandai berjalan.aku rasa ini teknik&taktik pertama untuk menunjukkan yang beliau sayang padaku..di pertengahan jalan,kami terjumpa lori pengangkut sampah MPS[Majlis perbndaran seremban]..

buat pengetahuan,aku memang takut sangat lori sampah ni.cuba tengok dibelakang..terdapat 1 lubang tempat sampah dimasukkan dan itulah yang membuatkan aku kecut.aku bimbang kalau kalau pakcik pengangkut sampah menculik dan memasukkan aku ke dalam lubang tersebut..

berbalik pada cik madi tadi..idea kotor beliau semakin menyala.beliau mula menakut nakutkan aku.aku tak boleh terima[kalau teringat semula] bila mana beliau mengatakan orang MPS mahu memasukkan aku ke dalam lubang tersebut.jika enggan,sebagai ganti,gelang tersebut haruslah dimasukkan ke dlam lubang tersebut.

aku yang ketakutan[base kasar,bodoh] percaya akan beliau,dan membiarkan sahaja gelang aku diambil..dan endingnye memang aku kena bebel versi loghat utara dgn nenek aku..

dan sampai ke sudah aku akan berlari lari masuk ke bilik setiap kali MPS datang mengambil sampah di rumah....



*semoga nenek siha2t ye.

9 potpet:

a.b geldofg berkata...

mudah2an jodoh ko dgn org MPS

FARYN berkata...

ko mmg ada sesuatu la ngan org MPS tu..haha

Atan berkata...

ini ada lah satu tektik kotor lagi sadis sebab cj nak sorok sebenarnya dia ada hubungan dengan orang MPS...sebab tak bayar cukai pintu...

pandai sungguh cucu nenek

JohnJenin berkata...

moga moga lori MPS tu rosak depan pintu rumah ko cj..

zairi berkata...

kau ni nak maki uncle ko or nak maki mps? licik betul tektik uncle ko tu. ape dia buat skang? dia ngan lelaki kucing tu ada link ke?

vidadarisakura berkata...

hoho..
tanx cj..
ko bagi aku idea mendera golongan2 bawahan aku lepas ni..
kakaka

Kapten Luffy berkata...

oh madi... aku belasah ko... hahaha

cj7 berkata...

abegel;kalau jodoh nggak ke mana

cj7 berkata...

paryn;kau kau kau kau..sambung sndiri

atan;tidak bener dong;umah aku sumua pkai tingkap.kalau nak kua,terjun je

dak jonjnin;harapan mungkin tak termakbul.xmuat parking

dak zairi;aku ni pemaaf orgnya.pokcik aku xkhatam lagi bab lelaki kucing

dak vida;troma adik2 ko nti.jgn r..

dak monkey;jgn la.pkcik aku 2

© TURUNAIK - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart