Jumaat, 10 Julai 2009

Bye

kali pertama kami bertemu atas urusan kerja.dia ialah bos saya.saya mempunyai seorang lagi bos,tetapi saya lebih senang berurusan dengannya.

beliau bos yang baik,sering menceritakan masalah peribadinya,tentang kerja,tentang tidak kepuasan hati terhadap rakan kongsi,tentang keluarga dan kisah silamnya.ini membuatkan saya rasa dia mempercayai saya.

kami boleh keluar makan,berhibur bersama,pergi ke laut menikmati batu?eh,saya tulis batu eh?
dia pernah menegur gaya berpakaian saya yang menjolok tekak agaknya dengan cara berhemah.saya terima dan masih teringat hinga kini.

saya boleh meluahkan masalah saya padanya,pernah berkunjung ke rumah dia yang dihiasi dengan si kembar yang petah dan bijak.oh ye,juga seorang isteri yang cemburu tapi baik.

beberapa bulan lalu dia beralih pada kerjaya yang lain kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

dan tadi saya menerima panggilan telefon yang membuatkan saya menulis ini dan ini.beliau telah pergi selama lamanya atas sebab yang sama beliau beralih kerjaya.

dan juga kata katanya yang masih saya ingat,"saya mungkin bukan seorang suami yang baik,tapi saya adalah bapa yang terbaik"[baca dalam loghat cina]

ah,banyak lagi yang saya ingat jadi catatan ini takkan kelihatan sempurna.

2 potpet:

Faizul berkata...

kasihan..

tetibe teringat kat si emjey...

cj7 berkata...

dude:yelah dude.betul2 sehari lepas mj innalilah

© TURUNAIK - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart